PANAS! Maxazman Cabar Ketua Pengarah JPJ Bersemuka 13 Nov di KLCC



Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Maxazman Shabudin baru-baru ini mendapat perhatian di laman sosial dan blog-blog tempatan. Ini berikutan cabarannya yang ditujukan kepada Ketua Pengarah JPJ untuk berjumpanya pada 13 November ini di KLCC. 

Jika anda cuba melawati profil Facebook Maxazman, anda akan tahu bahawa Maxazman ini sangat marah dengan operasi khas yang dilakukan oleh JPJ baru-baru ini yang mana memfokuskan kepada nombor plat, pengubhasuaian kereta dan juga cermin gelap.

Berikut adalah sedikit recap bagaimana isu cabaran ini boleh berlaku. Pada mulanya, Maxazman telah membuat posting di Facebook yang mempersoalkan isu kenapa kereta ketua pengarah JPJ di tinted gelap gelita sedangkan orang awam yang berbuat sedemikian akan disaman.


Selepas itu, Maxazman telah mengeluarkan beberapa posting di FB miliknya yang mana kebanyakkan mengkritik operasi khas JPJ ini. Pada tanggal 9 November, Maxazman telah mengeluarkan satu posting di FB yang menyatakan Ketua Pengarah JPJ tidak senang dengan apa yang dipost oleh Maxazman di Facebooknya dan meminta Maxazman datang untuk berjumpa beliau. Bagaimanapun, Maxazman berkata dia mahu berjumpa membuat perjumpaan di KLCC pada 13 November ini.


Hasil dari isu ini, Maxazman telah mendapat sokongan dari ramai pengguna laman sosial yang dikatakan akan turut datang ke KLCC bagi memberi sokongan. Sumber- Siakapkeli.com.my

PANAS! Maxazman Cabar Ketua Pengarah JPJ Bersemuka 13 Nov di KLCC Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel