Aku dan laki aku cukup jaki kalau tengok geng moto besar kat highway. Laki aku lagilah sakit hati, mungkin pasal di bawak kete kot, aku penumpang aja.
Laki aku cakap, kalu terjumpa geng moto besar ni, dia rasa cam nak langgar je.
Sampai satu hari tu, masa nak balik rumah lepas berkelah kat Lipur Karak, keta laki aku tak nak hidup. Laki aku kata bateri habis.
Tak jauh dari kami ada geng moto besar duk lepak asyik duk tengok kami, menyampah! Kalu geng keta tak apa lah juga, boleh pinjam jumper.
Tetiba sorang brother moto tu datang kat laki aku tanya kenapa. Laki aku pun cerita problem keta. Brother moto pun tengok dan entah apa yang dia godek, lepas tu dia suruh laki aku hidupkan enjin. Enjin terus hidup. Dia kata cuma problem pada kepala kabel.
Kami pun berbual sebentar sebelum bertolak balik. Sampai rumah, lepas kemas rumah, aku pun bukak FB grup moto tu.
PEHHH!!!
Aku tengok aktiviti diorang lawat dan sumbang rumah anak yatim, derma darah kat hospital, lawat dan bantu rumah orang tua.
Laki aku pun tak pernah derma rumah anak yatim, apatah lagi nak ke rumah anak yatim. Pandangan kami pada geng moto besar berubah sejak hari tu.
Nasib baik aku pempuan dan bini orang. Kalau tak sudah tentu aku pun join geng motor besar.
by Lela.
Kredit: aans1.blogspot.com