Luahan Hati Lelaki Terkaya Di China Ini Akan Membuatkan Anda Berfikir Sejenak
SHANGHAI - Jack Ma, pengasas kepada syarikat gergasi Alibaba, membuat pengakuan di sebuah temuramah di sebuah siaran televisyen di United States bahawa menjadi kaya sebenarnya membuatkan hatinya tidak tenang.
Jack Ma yang memiliki kekayaan bernilai AS$24 bilion (RM80 bilion) berkata, kini dia berasa tidak gembira kerana tekanan yang dihadapinya lebih-lebih lagi apabila harapan yang tinggi diletakkan kepada harga stok Alibaba.
“Saya tidak berasa senang hati, sebaliknya sangat tertekan. Ramai yang berkata, kekayaan boleh membuatkan hati gembira , tetapi tidak kepada lelaki paling kaya di China.
“Saya tertekan kerana semua orang menghampiri saya disebabkan wang. Hari ini ketika saya berjalan kaki di luar, orang ramai memerhatikan saya. Saya mahu menjadi diri sendiri,” katanya dalam wawancara stesen televisyen, CNBC TV.
Menurut Ma, semasa dia berpendapatan kecil pada masa dahulu, kehidupannya lebih menggembirakan.
"Hari-hari yang paling gembira bagi saya adalah semasa saya bekerja dan berpendapatan 90 yuan (RM 50) sebulan,", kata Ma kepada pemberita sebelum ini.
Ma telah disenaraikan sebagai lelaki paling pemurah di China oleh Hurun.net setelah dia mendermakan 1.4% dari saham miliknya untuk menubuhkan satu badan amal yang memfokuskan kepada alam persekitaran, kesihatan dan pendidikan.
Sumber - Siakapkeli.com.my
Related Articles :
GEMPAR! Pembohongan Disebalik Pembinaan Piramid Di Mesir Terbongkar! Ternyata bahawa fakta dan rahsia disebalik pembinaan Piramid di Mesir telah terbongkar. Ramai yang beranggapan bahawa piramid telah ...
[7 GAMBAR] JOM TENGOK APA YANG LELAKI INI JUMPA DALAM TANAH SEMASA CARI HARTA KARUN..Anda Pasti Tak Sangka!!!! Menurut sumber web yang di perolehi, gambar ini di ambil di Rusia ketika sekumpulan pencari harta karun telah mengesan satu objek di ...
Terharu, Lihat Apa Yang Suami Ini Lakukan Demi Isterinya Yang Sakit! Liaonin (China): Seorang petani di sini membuat sendiri ambulans untuk membawa isterinya berulang alik ke hospital dua kali seminggu ...
Bermula Di Pasar Tani, Kini Datuk "Terlajak Laris" Pakai Rolls-Royce! SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit, Mungkin itu pepatah yang paling sesuai untuk merujuk kepada kisah kejayaan Datuk Aliff Syukri atau ...
(2 Gambar) ABAM POLIS !!! "JANGAN SAMAN! TAK TAHAN NAK PERGI JAMBAN!" KUCHING - Nota kecil seorang pemilik kereta Kelisa yang lucu tersebar meluas di laman sosial.Pemilik kereta terbabit meninggalkan se ...