Seorang lelaki yang didakwa mencuri mayat bapanya dari sebuah tanah perkuburan di sini dengan harapan menghidupkannya kembali, mengaku bersalah atas dakwaan itu bagi mengelak hukuman penjara.
Vincent Bright, 48, mengaku bersalah mencuri dan memindahkan mayat semasa pendengaran keputusan hukuman ke atasnya pada 24 September lepas.
Dia nampaknya menyedari kesalahannya dan mengakui kesalahannya, kata peguambela Gerald Karafa.
Beliau berkata, sebagai pertukaran pengakuan bersalah, Bright akan diberikan tempoh percubaan untuk jangka masa tertentu. Hakim turut mengarahkan Brigh menjalani ujian mental.
Penilaian ke atas hukuman awal akan menentukan tempoh percubaan yang dikenakan ke atas Bright, katanya.
Seseorang yang disabitkan bersalah memindah atau mencuri mayat boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara.
Laporan daripada dokumen mahkamah menyatakan, Bright mencuri mayat ayahnya Clarence, 93, dari tanah perkuburan Gethsemane 14 Januari lalu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk di rumahnya.
Polis yang mendapat maklumat daripada salah seorang keluarganya, menjalankan siasatan di rumah terbabit dan menemui mayat berkenaan di Bright, di timur Detroit.
Polis berkata, Bright adalah seorang yang taat kepada agama dan dia mengambil mayat ayahnya dengan harapan dapat menghidupkannya semula.
Peguam bela Bright menyatakan dia melalui masa yang sukar selepas pemergian ayahnya serta mengalami stress yang teruk. Bright boleh dihukum penjara 10 tahun jika dia tidak diletakkan dalam tempoh percubaan serta menjalani mental.
Sumber: dailymail.co.uk