Baru-baru ini, admin sebuah page Facebook yang terkenal telah memuatnaik satu status yang disertakan dengan gambar yang menceritakan tentang kisah budak-budak Punk yang berubah menjadi orang alim. Gambar dan status tersebut menjadi viral sehinggakan perkongsiannya telah mencapai hampir 2,000. Pengguna laman sosial pula rata-rata mengucapkan tahniah kepada jemaah punk ini kerana berjaya berubah.
![]() |
Status cerita Jemaah Punk yang dimuat naik |
![]() |
Gambar yang disertakan dalam status tersebut |
Setelah status berkenaan cerita ini terbongkar, ramai netizens memberikan respons neaetif terhadap admin dan page tersebut sehingga ada yang menyifatkan page tersebut sebagai "Batak Like" kerana suka menggunakan agama untuk mendapatkan likes. Selain itu, page KHK juga mengeluarkan status mengkritik cerita palsu yang dikeluarkan oleh admin page berkenaan.
Kepada admin-admin sekalian, usahlah menyebarkan cerita-cerita palsu seperti ini untuk mendapatkan like & trafik ke page anda.
Sumber- Siakapkeli.com.my