GEMPAR! Kertas Soalan Matematik SPM 2014 BOCOR? Ini Penjelasan KPM


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menafikan berlaku kebocoran kertas soalan Matematik Kertas 2 Kod 1449/2 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Menurut kenyataan KPM, khabar angin yang tersebar menerusi laman media sosial Facebook itu juga mendakwa peperiksaan bagi kertas terlibat akan diulang pada 5 Disember ini. 

"KPM menegaskan dakwaan kebocoran kertas tersebut di Melaka, Selangor dan Sabah adalah tidak benar," menurut kenyataan itu di sini. 
Sehubungan itu, peperiksaan SPM berjalan mengikut jadual. 

Sejumlah 455,839 calon menduduki peperiksaan SPM 2014 di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula 3 Nov lalu hingga 4 Disember depan. - Bernama

GEMPAR! Kertas Soalan Matematik SPM 2014 BOCOR? Ini Penjelasan KPM Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel