(GAMBAR) ‘Polis’ Bertatu, Rambut Kuning Ditangkap!

ORANG ramai berkumpul selepas suspek ditangkap.
Kuala Lumpur – Penyamaran tidak masuk akal apabila seorang penjenayah bertatu di seluruh tubuh dan mempunyai rambut berwarna kuning menyamar sebagai anggota polis ketika cuba merompak tiga mangsa.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek berusia 34 tahun itu yang mempunyai tatu harimau dan naga cuba mengugut tiga penuntut warga asing yang menetap di pangsapuri Sri Tioman, Taman Melati di sini.

Taktik digunakan itu bagaimanapun memakan diri apabila suspek sebaliknya dibelasah penduduk di kawasan itu ketika cuba melarikan diri.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku apabila suspek utama bersama tiga rakannya muncul di rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Menurutnya, suspek dikatakan menunjukkan gari bagi meyakinkan mangsa warga Somalia berusia 20-an supaya membenarkan mereka masuk ke rumah. – myMetro Online

(GAMBAR) ‘Polis’ Bertatu, Rambut Kuning Ditangkap! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel