Dialog Perbualan Yang Akan Buat Pasangan Belum Kahwin Sentap 200% !!

Gambar hiasan

Ini kisah perbualan dua rakan baik.

Faruk: Wah, bukan main lagi happy kau dengan Deeba berdating semalam, siap pegang-pegang tangan lagi.

Fakri: Alah bro, aku pegang lengan baju dia je kot. Berlapik tu…

Faruk: Oh…berlapik. Hmm… boleh aku tanya sikit?

Fakri: Apa dia?

Faruk: Kau ada adik perempuan kan?

Fakri: Ha’ah. Kenapa?

 
Faruk: Apa akan kau buat kalau aku dating dengan adik kau, dan aku pegang dada dia. Pegang berlapik tau.Tak buka baju pun. Apa kau rasa?

Fakri: Kalau kau rasa dah lama hidup, kau buatlah!

Faruk: Tenang. Aku bagi contoh sahaja. Itu yang aku nak bagitahu sebenarnya, berlapik atau tidak, tetap HARAM bagi seorang lelaki memegang mana mana bahagian tubuh seorang wanita ajnabi. Sentuhan berlapik memang tak membatalkan wudhu’, tapi bukan bermaksud boleh suka-suka sentuh!

Fakri:……

Faruk: Tahanlah sikit nafsu tu. Kalau tak tahan, nikah. Kalau tak mampu nikah, puasa. Hari ini mungkin ‘dia’ hasut agar korang berpegang-pegangan dengan lapik, lama kelamaan takut lain pula yang jadi. Jangan ambil hati. Aku sayangkan kau sebagai seorang kawan….

Fakri: Baiklah… terima kasih bro. Ada betulnya apa kau cakap, walaupun nyaris sentap aku dengar.

P/s:Dapat tak pengajarannya? 


Sumber : my-media-hub



Dialog Perbualan Yang Akan Buat Pasangan Belum Kahwin Sentap 200% !! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel