COMEL ! Akhirnya Zain & Che Ta Dedah Nama Puteri Sulung Mereka



Akhirnya teka-teki apakah nama yang bakal diberikan oleh Che Ta dan Zain Saidin buat anak sulung mereka terjawab.

Melalui program HLIVE! sebentar tadi, Zain sendiri telah tampil secara ekslusif bagi mengumumkan nama anaknya.

Pasangan tersebut menamakan anak sulung mereka Aaisyah Dhia Rana, gabungan pilihan nama dari kedua-dua mereka.



Aaisyah adalah nama ibu Zain selepas berhijrah masuk Islam manakala Dhia Rana pula dipilih oleh Che Ta yang mana maksud Dhia Rana adalah sinar kecantikan.



Sebelum ini, peminat Che Ta dan netizens tertanya-tanya apakah nama yang bakal diberikan kepada puteri sulung pasangan pelakon tersebut. Perkara tersebut menjadi perbualan hangat sehingga ada yang memberi cadangan menamakan anak mereka sebagai "Rozita Che Two", dengan nada yang bergurau. 


Sumber- Siakapkeli.com.my

COMEL ! Akhirnya Zain & Che Ta Dedah Nama Puteri Sulung Mereka Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel