BONGKAR! Bagaimana Number Plate Kereta Boleh Diklon? Ini Jawapannya
Perkara ini aku tahu, melalui pengalaman kawan aku dan sudah pernah terjadi. Ada dua senario di sini, pertama melalui kes member aku dan yang kedua, diceritakan cara untuk klon number plate.
SENARIO PERTAMA
Melibatkan orang dalam use car dan kerjasama orang dalam JPJ.
Kes ini baru terjadi pada kawan aku semasa PLAN ingin menjual kereta Toyota Wish dia pada Used Car.
Pihak Used Car beritahu ingin menyemak baki bayaran di bank. Jadi kawan aku yang lurus ini telah pergi tamp ibu jari di mesin biometrik di Used Car. Pihak Used Car maklumkan, kita nak tahu berapa baki bayaran yang kereta ini ada.
Jadi dalam kes kawan aku ni, Used Car akan guna segala maklumat yang diberikan untuk klon satu lagi geran kereta baru dengan syarat model yang sama dengan nama berlainan.
Untuk step buat keluar geran baru ni, bantuan pihak dalam JPJ diperlukan untuk memasukkan nama baru dan nama lama akan dipadamkan. Ibarat kata, kereta owner lama dah dijual dan ada penama baru.
Kes ini akan kantoi bilamana pemilik kereta asal dalam proses nak jual kereta dia. Sebab di situ baru dia tahu dalam sistem JPJ, nama kereta dia telah bertukar nama sedangkan pemilik asal masih lagi ada geran di tangannya serta masih tertulis namanya.
Yang setakat aku tahu, prosesnya perlu permainan orang dalam JPJ, itu pasti kerana nak tukar dalam sistem dan keluarkan geran. Tapi ada kes terpencil, ia diklon dengan kebenaran pemilik asal. Mungkin kereta dia pernah kemalangan & total lost, so dia tak serahkan geran pada balai sebab nak beli kereta scrap dari janda temasik. Yang ini payah kantoi.
Kenapa ia diklon?
Jawapan cukup mudah, untuk keluarkan satu lagi kereta scrap yang asal dari singapura. Untuk dibuat pendua. Jenis kereta yang biasa diklon, jenis Toyota dan segala jenis kereta import.
Berapa kos untuk klon geran baru?
Biasa linkungan harga RM5,000 hingga RM9,000 berdasarkan jenis kereta.
Ada tak yang diklon tapi tak ada geran?
Biasa yang jenis ini lagi banyak sebab kos murah tak perlu buat geran klon. Tetapi biasanya pemilik yang diklon tahu, ia clone number plate kereta orang lain. Cuma setiap kali untuk buat roadtax, ia memerlukan orang dalam untuk perbaharui roadtax.
Yang ini upahnya dalam linkungan harga RM300 hingga RM800. Mahal dari harga biasa roadtax satu tahun, berdasarkan model juga.
SENARIO KEDUA
Proses klon dibuat untuk kereta yang dah tak mampu nak bayar bulanan pada bank dan namanya telah diblacklis. Pihak bank tak dapat tarik kerana kereta disorok oleh peminjam.
So alang² dah kena blacklist, baik dia jual secara haram pada siapa² yang nak membeli. Dapat juga RM10,000 hingga RM20,000 dalam tangan dengan dibuat "surat beranak baru (no plate baru, atau geran baru)" ke atas kereta yang diblacklist ini.
So surat beranak baru adalah mangsa² yang telah diklon seperti kes pertama di atas. Jadi, yang masuk berita hari ni, kereta ada number plate sama, aku syak salah satu kereta tu, mungkin dalam list bank tarik. Kereta panas, kereta janda seberang.
Tapi perlu ingat, yang pasti roadtax dia memang original. Sebab ia permainan orang dalam JPJ. Bak kata kawan aku,
"Di Kuala Lumpur ni beb, nyawa ajer tak leh ejas. Yang lain semua boleh ejas".
Sumber: mymediahubonline.blogspot.com