AWAS! Terkini: Penipuan Online Program Temujanji “Sugar Mummy & Daddy”

Sumber gambar carian Google
Penipuan online atau secara talian kini semakin berleluasa. Sebelum ini pihak kami ada mendedahkan beberapa rakaman suara penipuan dalam talian yang mana mereka cuba untuk mendapatkan butiran perbankan. Selain itu terdapat banyak lagi cara-cara penipuan yang digunakan oleh penjenayah untuk mencari mangsa yang kami ketengahkan di sini secara talian.

Terkini apa yang kami dapati satu lagi penipuan yang menggunakan medium laman sosial Facebook kelihatan sangat berleluasa. Pada awalnya pihak kami mengesan aktiviti ini pada awal bulan lepas tetapi memandangkan ia agak terpencil maka pihak kami tidak mahu ketengahkan dahulu perkara tersebut.

Berikut adalah contoh iklan penipuan tersebut:

Iklan penipuan versi bahasa Inggeris. Juga terdapat dalam versi bahasa Melayu

Teknik yang digunakan dalam penipuan kali ini adalah dengan menyamar sebagai agen program temujanji. Mereka akan membuka akaun laman Facebook dengan menggunakan nama dan gambar profil orang melayu yang mana bukan miliknya. Hasil siasatan kru Siakapkeli yang ketika itu menyamar sebagai pelanggan, mangsa akan ditawarkan temujanji dengan orang-orang yang kaya dan yang suka melakukan seks bebas seperti Sugar MummySugar Daddy, dan termasuk yang suka membuat hubungan sejenis baik lelaki mahupun perempuan.

Kemudiannya mereka juga akan melampirkan gambar pasangan yang kononnya akan ditemukan untuk menarik minat mangsa. Bagaimanapun gambar yang dilampirkan itu sebenarnya adalah palsu. Selain itu mereka juga akan menggunakan kata-kata yang manis untuk menarik lagi minat mangsa seperti pasangan yang akan ditemukan itu sebelum ini sudah menghadiahkan sebuah kereta BWM kepada pasangannya.

Setelah mangsa kelihatan berminat untuk menyertai program tersebut kemudiannya mereka akan memberi satu borang dan mangsa perlu membayar sebanyak RM3000 sebagai yuran pendaftaran keahlian dalam agensi tersebut.

Namun setelah selang beberapa hari akaun penipu itu telahpun disekat oleh Facebook.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hatilah ketika berurusan secara talian lebih-lebih lagi dengan mereka yang kita tidak kenali. 


Sumber─ Siakapkeli.com.my

AWAS! Terkini: Penipuan Online Program Temujanji “Sugar Mummy & Daddy” Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel